topik nie best giler untuk ak sharing ngan korang sumew..hahahahha..bukan pew..merajuk nie mmg x lari dr lumrah kehidupan kita..n merajuk nie gak x kira lelaki or pempuan malahan yg tengah2 jantina pun der gak..
huhuhuhu..so papew pu..ak malaz nk bg intro panjang lebaq so korang bace nie...
Hari ini, aku tiba-tiba teringin nak berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang isu MERAJUK. Pernahkah kamu merajuk? Dengan siapa? Kenapa? Dimana? Bila? Bagaimana? (erk..banyak lak tanya aku neh..diam-diam sudey..)
MERAJUK ini bukan suatu sifat yang BARU a.k.a PELIK dalam FENOMENA kehidupan kita pada hari ini. Biasalah.. Merajuk pada KEKASIH..itu paling BASIC sekali…Paling TOP dalam KATEGORI MERAJUK..(betul tak?), merajuk pada ibu dan ayah, merajuk pada kawan-kawan, dan tak ketinggalan jugak..merajuk dengan majikan a.k.a BOS.
Perlukah MERAJUK ini WUJUD? (adakah ini satu persoalan?). Kenapa kita MERAJUK? Kalau merajuk dengan kekasih, mungkin kerana dia tidak memberi perhatian kepada kita?? Mungkin jugak dia tidak ambil peduli tentang tarikh-tarikh penting dalam hubungan kamu berdua..? Kalau merajuk dengan ibu dan ayah, mungkin kerana mereka tidak memenuhi permintaan kecil kita?? (mintak kereta, ayah tak bagi..patut tak aku merajuk??). Kalau merajuk dengan kawan-kawan, mungkin kerana kawan-kawan tidak ajak kita makan bersama?? atau keluar membeli belah bersama-sama?? ATAU KALAU KITA MERAJUK DENGAN BOS, mungkin sebab kita tidak dapat bonus di akhir tahun?? Atau mungkin dia tidak meluluskan cuti kita??
Usah dikatakan manusia, kucing aku, LEO pon pandai merajuk dengan ibunya, LEA..apabila ibunya tidak menyusukannya..!! Ibunya ajak tidur bersama, mandi bersama, tengok AF7 bersama pon dia enggan… Adake patut??? Lagenda a.k.a Kisah Dongeng kita juga ada menyebut tentang MERAJUK ini, contohnya Kisah Teladan Batu Belah Batu Bertangkup. Kisah cerita tu konon-kononnya si ibu merajuk dengan anak kerana memakan telur tembakul, kiranya si ibu itu kempunan dan kemudian merajuk dengan anaknya. Lalu dia nekad untuk membunuh diri di Batu Belah Batu Bertangkup. Merajuk sampai tahap membunuh diri itu adalah sangat serius. Bolehkah cerita ini dijadikan iktibar?? Pada pendapat aku, tidak boleh dijadikan iktibar sebab si ibu membunuh diri kerana merajuk dengan anak-anaknya yang masih sangat kecil, dan perkara ini sangat bertentangan dengan kehendak agama (ISLAM)… (suka hati aku aje nak labelkan citer tu patut dijadikan iktibar ke tak…)
Di zaman Nabi kita dahulu, yakni Nabi Yunus juga tidak terlepas daripada PANAHAN RAJUK ini…di mana dia merajuk dengan umatnya kerana umatnya masih menderhaka dengan agama ALLAH. Dia membawa diri ke laut dan terjun ke tengah laut lalu ditelan oleh Ikan Nun.
Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan…
“Nabi Yunus menyeru pada kaumnya Sembahlah Allah Yang Maha Esa Tinggallah berhala yang tidak bernyawa Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima Nabi diejek dan Nabi dihina Baginda tidak berputus asa Walau dicaci walau dihina Akhirnya Nabi merasa hampa Umatnya masih menderhaka Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri Kapal pedagang Baginda menumpang Membawa diri ke rantau orang Malangnya laut bergelombang Hampir karam ditengah lautan Bila diundi Nabi merelakan Terjun ke laut penuh bergelora Baginda ditelan ke perut Ikan Nun Gelap gelita tidak terkira Sedarlah baginda akan silapnya Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa Menangislah Nabi penuh duka Memohon Ampun dari Tuhannya”
Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…
Cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da’wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Allah berfirman:
“Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:“Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya” (Al-Furqan:56-57)
Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” (Al-Anbiyaa’:87)
Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya.
Wallahu alam!
so untuk sapew2 yg suka merajuk...cepat merajuk..or papew la yg sama waktu dengannya..plzz beb..jgn merajuk la..law ader salah clap 2 maafkanlah bila org 2 da minta maaf..kan x pasal2 org 2 merajuk lak sebab virus nie cepat merebak...