Blogger Backgrounds

Friday, April 8, 2011

sweeties ending love story...


Dyna benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Dyna memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.
Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Yassin bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Yassin untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Dyna makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Dyna bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Dyna menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Dyna tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Dyna tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sejak mengenali Danisya, Dyna mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Dyna yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Dyna seakan-akan mampu melupakan Yassin. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat yassin. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Yassin versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Dyna. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda  cuba untuk mendekatinya, namun Dyna segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Dyna sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Dyna. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Dyna membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat  itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Dyna Farhana binti Adri, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Yassin.

Dyna terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Dyna mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Yassin disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Dyna dan Yassin, anda bagaimana?

Tuesday, April 5, 2011

cinta and sahabat


antara cinta dan persahabatan yang mana menjadi pilihan??
cinta??
cinta amatlah indah tuk di rasai bg mereka yang mencintai dan di cintai tapi pada mereka yang mencintai tp x di cintai apa rasa nya??pada mereka yang bertepuk sebelah tangan apa yg dorang rasa?? adakah dorang nangis n trauma tuk mencintai sumone again??
persahabatan??
indah persahabatan bukan hanay pada luaran sahaja perlu di titikberatkan dari segi dalaman jua..
teman bukan hanya sementara tapi selama-lamanya..teman juga bukan seperti beli ikan di pasar tp ibarat berlian yang harus kita pilih.dan perlu pandai membezakan antara kaca dan permata..

istilah cinta pada teman sendiri mmg tidak asing lagi..x usah nk kata 'ada kew yg suka teman sendiri?' 'x rasa malu ke jatuh aty kat teman sendiri?' ' apalah ngan teman sendiri pun terpikat!' 
2 je selalu yang orang akan kata..tp kita lupa 1 perkara cinta dan perasaan x dapat nk halang..kerana jodoh dan pertemuan semua bergantung kepadaNYA.siapalah kita nk menghalang tentuan ALLAH SWT..

sebenarnya ak juga pernah mengalaminya..ak pernah menyintai n menyukai kawan ak sendiri..ak pom x taw knapa. padahal awal pertemuan ak sangat benci kat dia tp tup2 ak ley jatuh aty kat dia.. sebab 2 org tua2 kata jgan pernah menyimpan perasaan benci kat sumone 6t kita akan jatuh aty kat dia..setiap kali kalu bleh ak nk dia jew der dkat ngan ak,selalu bersama ak tp 2 semua angan2 ak..

interest ak ngan dia sama..gila bola,minat westlife tp bola kitorg enermy..
ak suka chelsea (the blues) but dia suka manchester united..ak lak jenis pntng law der org kutuk chelsea ak n dia lak jenis cool..huhhuhuhuuhuh..tp dia gak yang ak suka..

dulu masa ak der conflict dalaman ngan family..ak slalu tulis status at fb yg duk mengharap kat dia jgn biarkan ak p. tp :( ak x mampu nk ckap n nk story here..tp yg pasti ak dpat 1 mcg dr dia
'sy x pernah nk awk pergi,sy nk awk stay sni' mcg nie mmg buat ak sedih ngat2 bub ak ingatkan dia akan biarkan ak pergi.b4 g airport dia der col 
'awk betul ke keputusan yang awk ambik nie?awk x menyesal ke?awk nangis ke nie?'
mmg tyme nie mmg touching ngat2 bila dia ambil berat sal ak.dia n kawan ak yg tersayang selalu ada ngan ak..pada mulanya ak just gtaw at kawan baik n rapat ngan ak jew tp dia lak gtaw kat mamat nie.n mamat nie anta la mcg kat ak tnya semua hal..serius dia mmg take care sal ak..(camner la ak x lipat maut ngan caring dia tu?) awk ingat x bila sy minta awk ckap depan2 ngan sy yang awk x nk sy pergi?awk ingat lagi x?? yang 2 sy duk tnggu smpai skrg..bila awk nk ckap.sy tnggu au x... :(

ingat x bila lam keta?mase kita abiz discussion awk anta sy m kwan kita sorang ag..lpas anta dia awk anta sy..awk kata
'law ade pape sharing la.jgn simpan sorang2.awk 2 suka berahsia..sy ada tuk awk,x kesahlah tyme suka atau duka sy
'always tuk awk.ingat taw'..sy ingat smpai skrg..x pernah sy lupa.mase kita nk final..
awk bg sy pinjam manual islamic studies biarpun mase 2 awk x study lagi.awk ckap 'awkkan x der buku.gunalah dulu.buat nota pendek lagipun ada gap 2 harikan.awk guna hari ini.esok sy guna lpas exam micro sy ambik ngan awk k.tp make sure awk baca lah'awk taw x sy mmg terharu sngat bila awk buat mcm 2..last kita exam business mathematics awk call sy petang 2 tnya pasal buku.sy kta x pe sy x perlu buku tuk BM insyaallah sy dapat buat.tp awk still nk bg buku jugakkan..
esokkan awk anta mcg
'sy dah otw nie.duk kat desa view dah.jap lagi sy pg ambik awk kat rumah' dah la mase 2 awal lg kul7 awk anta mcg..
tp sy x marah sebb mmg sy da ciap mase 2 nk p library nk study.
awk sampai rumah sy ngan pakai buju chelsea kan.sy ingat lg..awk pakai bju 2.tp yg x syoknya awk cakap awk pakai bju nie sebab chelsea kalah semlam n awk hope yg awk dapat buat BM..sy doakn awk blh buat.kita study at cafe ber2 

lpas final kita dah x der papekan.sma2 menyepi.awk buat hal awk n sy buat hal sy.mybe rasa syg sy kat awk dah x der..
sy rsa macam x knal awk dah.macam sy ngan awk x pernah jmpe x pernah knal x pernah everything.tp mase birthday kawn kita n kita celebrate at 1u mmg sy hargai sngat khadiran awk bub ssah tuk sy book awk au.thanks sngat2. kt c2 lah sy ley au perangai awk cmne semualah.rasanya memory tuk sem baru nie x der lg kan nk berbanding dlu.law dulu awk always ngan sy tp skrg x ag.

mmg malam yg awk col sy kul 00.17 mmg sy x ley lupa.pelik pun ade.bukan ke tyme 2 awk dah tydo ke.tp bila dgar jew suara awk sy dpat ase yg awk ngah sedih.sebenarnya tyme awk col 2 sy der ngan pakwe sy tp sy snggup angkat col awk.sy x kesah pkwe sy nk kata pe yg pasti sy terkejut npe awk col tyme 2.suara awk mmg lain sgt.law alasan yg awk bg ngah baring mmg x masuk akal.sy knal suara awk n sy taw suara awk tyme awk sdey cmne..mmg soklan yg awk tnya sy mlam 2 mmg x tercapai akal sy tp sy taw awk pom x terpk nk tnya soklan 2 bub pkran awk ngan becelaru. tp x pe awk, lpas awk ltak jew fon sy berdoa moga ALLAH menghapuskan duka yg awk ngah alami n biarkan awk bahagia je.2 yg sy minta... alhamdulillah pg 2 sy jumpe awk.awk happy ngat..sy tumpang gembira tuk awk.motif awk col sy 2 biarlah jd pertanyaan yg x terjawab..

ingat x 17 feb yg korang celebrate birthday kitorang at cafe?konon nk buat surprise la 2..padahal x jd surprise pun kan.
hahahahha..tp thank a lot 4 da surprise..oh ya sy der minta kan ngan awk tuk sponsor kek tuk birthday sy 27 feb nie kan..so get ready sy akan mintak..(muka x malu nie)lpas dr ari 2.kita jumpe tp x bercakap kan.. :(

bila orang tnya sy,sy still cintakan awk ag x..jawapan sy hanya 1 antara cinta dan persahabatan yg mana lebih penting? sy snggup kehilangan cinta tp bukan persahabatan yg tidak ternilai harga nya buat sy..cinta sy kat awk dah semakin pudar sebab sekarang sy sedar yang cinta dan perasaan x bleh di paksa2..mak sy pesan cintailah org yang mencintai kita bukan mencintai org yang x mencintai kita..skrg sy dah pasti ngan keputusan sy..awk adalah kawan sy dunia akhirat.skrang sy dah mampu tuk berdikari mampu tuk stand tnpa awk d cc sama cm dulu.b4 sy knal awk.tp nie x bermakna sy dah lupakan awk.thanks awk bub sudi tuk jd teman sy..

sahabat,persahabatan ibarat permata yang x dapat nk kita beli ngan wang ringgit,x dapat nk cr pengganti..so kita kna pndai memilih antara cinta dan persahabatan..cinta walaupun indah ianya still der pahitnya.jangan biarkan cinta merosakkan n memutuskan ukhwah yg terjalin..ukhwah fillah abadan abada..
renung2kan lah..

Saturday, March 5, 2011

dating Pertama kami...



mestilah setiap perhubungan tuh akan ada yang nak mengabdikan kenangan keluar berdua duan di public..ahhahahha.. aku pun sama juga..tapi kami bukan keluar berdua duaan tapi berenam enaman.. hahahhaha..adlkah kata ganda untuk itu?? pelik jaa..

first dating kami di Times Square.. hari yang dia cuti iaitu hari isnin...

















Thursday, February 17, 2011

17/02/2011 (dilamar MR KECHIK)


Tarikh 17/02/2011 memang akan aku ingat sampai bila bila sebab tarikh nie lah Mr Kechik lamar aku untuk jadi awek dia.. hahahaha.. tapi bukan lamar depan depan okay. Mr Kechik aku nie seorang yang pemalu.. dia lamar aku pun dalam mesej and col jaa beserta lukisan yang dia lukis untuk aku.. :)

tarikh ini jugaklah tarikh aku mendapat seorang adik lelaki pada tahun 2005 tapi sebab Allah SWT lebih menyayangi baby Aliff. Baby Aliff sempat bersama kami hanya untuk 5 hari sahaja dan pada 21/02/2005 baby Aliff telah meninggalkan kami sekeluarga... Al-fatihah..

dan pada hari ini jugaklah group GD buat planning untuk celebrate birthday kami bertiga iaitu aku,mimi dan ckin kat cafetaria..waktu nie jugaklah aku dapat mesej dari Mr Kechik..

' Awak,saya minta maaf sebab x layan awak semalam sebab saya sibuk ada hal yang perlu saya uruskan tapi saya nak awak tahu yang saya sayang sangat kat awak dan yang penting saya sukakan awak dan cintakan awak'

ps: straight sangatkan mcg Mr. Kechik nie..dah x der pusing2 lagi..terus jaa straight to the point..



Actually bila orang tanya aku dengan Mr Kechik bila aku dengna dia nie Couple mmg kami x boleh bagitahu the EXACT date sebab semuanya macam sepantas kilat.. hahahha... x taw bila couple.tahu bila kami saling2 bgtau suka2 tuh tarikh nie lah.. hehhehehehe..


Sunday, February 6, 2011

merajuk time...


topik nie best giler untuk ak sharing ngan korang sumew..hahahahha..bukan pew..merajuk nie mmg x lari dr lumrah kehidupan kita..n merajuk nie gak x kira lelaki or pempuan malahan yg tengah2 jantina pun der gak..
huhuhuhu..so papew pu..ak malaz nk bg intro panjang lebaq so korang bace nie...
Hari ini, aku tiba-tiba teringin nak berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang isu MERAJUK. Pernahkah kamu merajuk? Dengan siapa? Kenapa? Dimana? Bila? Bagaimana? (erk..banyak lak tanya aku neh..diam-diam sudey..)
MERAJUK ini bukan suatu sifat yang BARU a.k.a PELIK dalam FENOMENA kehidupan kita pada hari ini. Biasalah.. Merajuk pada KEKASIH..itu paling BASIC sekali…Paling TOP dalam KATEGORI MERAJUK..(betul tak?), merajuk pada ibu dan ayah, merajuk pada kawan-kawan, dan tak ketinggalan jugak..merajuk dengan majikan a.k.a BOS.
Perlukah MERAJUK ini WUJUD? (adakah ini satu persoalan?). Kenapa kita MERAJUK? Kalau merajuk dengan kekasih, mungkin kerana dia tidak memberi perhatian kepada kita?? Mungkin jugak dia tidak ambil peduli tentang tarikh-tarikh penting dalam hubungan kamu berdua..? Kalau merajuk dengan ibu dan ayah, mungkin kerana mereka tidak memenuhi permintaan kecil kita?? (mintak kereta, ayah tak bagi..patut tak aku merajuk??). Kalau merajuk dengan kawan-kawan, mungkin kerana kawan-kawan tidak ajak kita makan bersama?? atau keluar membeli belah bersama-sama?? ATAU KALAU KITA MERAJUK DENGAN BOS, mungkin sebab kita tidak dapat bonus di akhir tahun?? Atau mungkin dia tidak meluluskan cuti kita??
Usah dikatakan manusia, kucing aku, LEO pon pandai merajuk dengan ibunya, LEA..apabila ibunya tidak menyusukannya..!! Ibunya ajak tidur bersama, mandi bersama, tengok AF7 bersama pon dia enggan… Adake patut??? Lagenda a.k.a Kisah Dongeng kita juga ada menyebut tentang MERAJUK ini, contohnya Kisah Teladan Batu Belah Batu Bertangkup. Kisah cerita tu konon-kononnya si ibu merajuk dengan anak kerana memakan telur tembakul, kiranya si ibu itu kempunan dan kemudian merajuk dengan anaknya. Lalu dia nekad untuk membunuh diri di Batu Belah Batu Bertangkup. Merajuk sampai tahap membunuh diri itu adalah sangat serius. Bolehkah cerita ini dijadikan iktibar?? Pada pendapat aku, tidak boleh dijadikan iktibar sebab si ibu membunuh diri kerana merajuk dengan anak-anaknya yang masih sangat kecil, dan perkara ini sangat bertentangan dengan kehendak agama (ISLAM)… (suka hati aku aje nak labelkan citer tu patut dijadikan iktibar ke tak…)
Di zaman Nabi kita dahulu, yakni Nabi Yunus juga tidak terlepas daripada PANAHAN RAJUK ini…di mana dia merajuk dengan umatnya kerana umatnya masih menderhaka dengan agama ALLAH. Dia membawa diri ke laut dan terjun ke tengah laut lalu ditelan oleh Ikan Nun.
Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan…
“Nabi Yunus menyeru pada kaumnya Sembahlah Allah Yang Maha Esa Tinggallah berhala yang tidak bernyawa Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima Nabi diejek dan Nabi dihina Baginda tidak berputus asa Walau dicaci walau dihina Akhirnya Nabi merasa hampa Umatnya masih menderhaka Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri Kapal pedagang Baginda menumpang Membawa diri ke rantau orang Malangnya laut bergelombang Hampir karam ditengah lautan Bila diundi Nabi merelakan Terjun ke laut penuh bergelora Baginda ditelan ke perut Ikan Nun Gelap gelita tidak terkira Sedarlah baginda akan silapnya Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa Menangislah Nabi penuh duka Memohon Ampun dari Tuhannya”
Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…
Cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da’wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Allah berfirman:
“Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:“Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya” (Al-Furqan:56-57)
Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” (Al-Anbiyaa’:87)
Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya.
Wallahu alam!

so untuk sapew2 yg suka merajuk...cepat merajuk..or papew la yg sama waktu dengannya..plzz beb..jgn merajuk la..law ader salah clap 2 maafkanlah bila org 2 da minta maaf..kan x pasal2 org 2 merajuk lak sebab virus nie cepat merebak...

TEMAN SEJATI


teman?? ada apa ngan teman?? der sape2 yg boleh bgtaw ak??
law ak kan teman mase suka senang giler nk cari tp teman mase duka mmg payah giler la nk cr..
kawan first ak adalah kakak ak..dia lah kawan awal ak n kawan akhir ak sampai bila2..ak sayang dia sangat2
msti korang punyer kawan first 2 kakak2 r abang2 kn..tp law yg sulung 2 adik2 dia lah kwan dia..
antara cinta dan persahabatan pula..
yg mana 1 korang akn pilih??
law tnye ak..ak sanggup pilih persahabatan  
sebab jodoh dan pertemuan sudah di tentukan olehNYA..
jadi x de mknanya law putus persahabatan sebab cinta...

kalau korang pk cinta lebih penting dari persahabatan korang salah..
sebab law korang clash ngan pasangan korang..korang akan still bersama lagi ke??
tidakkan...
tp law korang clash n nk terus berhubung..
ikatan persahabatan lah yg dapat mengeratkan lagi ukhwah antara korang ngan pasangan korang dr putus n benci membenci n bermasam muka antara satu sama lain..
ikatan persahabatan nie bersih n suci lagi berbanding cinta..

ak pernah kehilangan seorang kawan hanya sebab cinta n jelous..dia sanggup putus kan persahabatan yang da lama terikat nie hanya sebab seorang lelaki yg belum tentu akan mencintai dia..ak x taw knapa mesti dia jd mcam 2..tp pew2 pun..law dia still nk kawan ak..ak sanggup terima dia lagi sebab ak sayangkan persahabatan ak dengan dia..ak x pernah anggap dia musuh ak tapi sampai skarang ak still anggap dia kawan ak biarpun dia x nk berkawan ngan ak lagi..

bukan ak nk kata couple 2 x elok..ak pun couple gak huhuhuhu..tapi at least hargailah kawan yang ada..   
kawan mmg penting lam hidup ak..ak x mampu nk kehilangan kawan2  bub ak bila da berkawan sampai bila2 pun berkawan...2 prinsip ak..

pape pun...ak hargai sangat persahabatan ak ngan korang sume yang sanggup terima ak seadanya..
ak sayang korang sangat..sesangat sayang..

akhir kata...
datangmu tidak dijemput 
pergimu tidak di iring 
apakah aku terlalu keras hati??
mungkin jua tidak mahu
menitiskan air mata
mengringi pemergian yang tidak di ingini
ingat diriku dalam doamu
kenang daku dalam hatimu
kuiringi pemergianmu 
dengan sebuah harapan 
adakah dikau akan kembali??
kepangkuan daku yang 
setia menanti??
tak perlu menjadi mat jenin
angan kupunah sebelum dirapi
tidak perlu menjadi kekasih sejati kerana
bukan sikapku yang setia menanti
tidak perlu mencari kasih sejati kerana
belum tentu wujud di dunia azali
boleh jadi disini akhirnya 
sebuah ikatan yg bersih lagi suci
semoga kita bersua lagi
wahai insan yang bergelar
teman..
teman sejati.. 

original by...
dina.....

hargailah kawan yang dah ada..jangan abaikan kawan bub cinta boleh di cari tapi kawan yg betul2 memahami mmg susah nk cari..
ak sayang korang sume..


Wednesday, January 26, 2011

perkenalan dengan mr kechik :)


mesti dah lapukkan entri yang bakal di baca nie.. dah berkepuk duk dalam draft yang setia duk mennati untuk di publishkan.. hahahhaha.. Alhamdulillah setelah sekian lama duk berkulat dalam draft ak gagahkan diri untuk berkongsi cinta yang sangat2 x masuk dek akal.

perkenalan aku dengan mr kechik bermula di warung tempat dia kerja. aku selalu lepak kat situ selepas keluar dari hostel then pindah duk umah sewa di koperasi polis.. Sebelum nie dia x kerja pun kat warung tuh, dia kata kerja kat warung depan balai polis dalam kp jugak then baru pindah after eidul adha.. hahahahha.. kire macam jodoh aku plak kan.. sebab masa tuh aku baru clash dengan encik tunang aku (mr.azim)

first jumpe dia aku dengan member rumah aku duk main2 cop pilihan kami..hahahhaha.. orang kata gila meroyan katakan.. almaklumlah pekerja baru.. so mulalah perangai gila gila kami..

me: Ieda, mamat kechik yang masak tuh hak dyna taw..
Ieda: mamat yang buat air tuh jadi hak ieda ok..

hahahhaha.. gilakan kami nie..then after that keesokkan harinya apa yang kami duk cop2 tuh x jadi sebab ada yang lain ambik 'hak kami'.. hak la sangat kan.. 

yang buat air tuh tertangkap cintan kat member umah aku yang sorang lagi so terpaksa berputih mata lah katakan.. aku pom terpaksa menyepikan diri aku sebab x nak berperangai gila2 ini lagi.. 

setiap kali mamat buat air tuh nak jumpa member aku nie, dia akan bawa mr kechik n member aku nie akan bawa aku untuk teman dia.. kire blind date lah katakan.. 

aku selalu jumpe mr kechik lepas dia abiz kerja sebab date member umah aku lah.. kalau bukan date dorang memang aku x kan jumpa mr kechik pom.. :)

Alhamdulillah Allah dah tentukan jodoh antara aku dengan mr kechik. biarpun kami berlainan negara tapi cinta itu tidak boleh dipaksa-paksakan.. cinta ianya akan datang dengan sendirinya kadang2 kita harus mencari :)