Blogger Backgrounds

Saturday, January 22, 2011

crying!!! there is da way to solve da problems..


 ak sure x mampu nk ungkap pape buat masa sekarang..feel like want 2 cry but it's hard 2 do dat..
so just mampu cr pape bahan yg ley mengimprovekan ak punyer karangan nie..
but serius i hate crying at all but...ahhhh..sungguh x logik yg tangisan nie ley ilangkan duka yang ak rasa..
Setiap manusia mesti mempunyai pengalaman menangis, paling tidak pun sebaik sahaja selepas dilahirkan. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah S.W.T anugerahkan kepada manusia. Adalah tidak normal jika manusia tidak pernah menangis sepanjang hidupnya. Doktor-doktor di wad bersalin  juga pasti akan risau sekiranya bayi yang baru dilahirkan tidak menangis dan mereka akan cuba merangsang tangisan bayi secepat mungkin. Menangis tidak terbatas pada perasaan sedih, malahan juga berkait rapat dengan kebahagiaan dan kegembiraan.
Ramai orang berpendapat menangis menandakan lemahnya emosi seseorang itu, lebih-lebih lagi lelaki. Masyarakat memandang sebagai satu aib yang besar sekiranya seseorang lelaki itu menangis, bahkan dikatakan kebudak-budakan. Maka sebab itulah lelaki lebih cenderung untuk menahan air matanya. Harus diingati bahawa lelaki juga merupakan makhluk hidup yang perlu mengungkapkan isi hati dan perasaannya dan menghilangkan kesedihannya. Justeru itu, tangisan lelaki bukanlah menandakan kelemahannya kerana jika mereka tidak menangis, tentu banyak sekali beban yang tersimpan di dalam batinnya.
Kajian yang dibuat oleh Dr William Frey daripada Pusat Kajian Mata dan Air Mata di Sant Poll Rams Medical Centre menjelaskan bahawa menangis amat berguna bagi kesihatan jiwa dan emosi seseorang. Adalah tidak elook untuk kesihatan apabila seseorang itu mengekang keinginan untuk menangis dalam keadaan yang mengharuskannya untuk menangis.
Dr Frey menjelaskan bahawa air mata sangat berkesan untuk membersihkan mata. Ia berperanan dalam mengubati tekanan jiwa yang disebabkan oleh masalah kesihatan fizikal seperti gastric ulser, hypertension, dan ulcerative colitis. Dr Frey juga mengaitkan ketegangan jiwa dan menangis melalui kajiannya terhadap beribu-ribu titisan air mata. Beliau mendapati air mata yang disebabkan oleh ketegangan jiwa mengandungi pelbagai hormon dan cas yang tidak stabil yang dihasilkan oleh badan ketika itu.
Kajian mendapati 85% wanita dan 73% lelaki berasa lega setelah menangis. Maka ini membuktikan air mata dapat membebaskan tubuh daripada bahan-bahan kimia yang boleh memberi tekanan jiwa.
Sesungguhnya tidak perlu  kita berasa malu untuk menangis dalam situasi tertentu. Semoga dengan tangisan yang bermakna ini menjadi titik mula dalam pengubatan alternatif dan yang lebih penting lagi menangis kerana Allah S.W.T yang amat tinggi nilainya.


No comments:

Post a Comment