Blogger Backgrounds

Wednesday, January 19, 2011

heart

Hati..Ramai orang suka cakap pasal hati kan kan kan?!! Hati merupakan satu organ dalaman manusia yang sangat unik. Kita lengkap dengan 7 panca indera dengan dikurniakan akal dan fikiran. Namun, akal dan fikiran kita dikendalikan oleh seketul daging terletak di tengah dada iaitu hati yang bertindak ibarat raja di dalam sesebuah negeri..Hehe, cun tak ayat? Jantung dan hati...okeh, saya bukanlah doktor yang mengkaji 2 elemen ni cuma nak kongsi apa yang telah saya baca dan mendapat sedikit ilmu..:)


Si Jantung hati --> Kenapa kita tak cakap si hati jantung? gitu gak dengan perkataan 'liver' dan 'heart'..maksud sama kan...


Bezanya, hati tak dapat dilihat dengan mata kasar tapi dapat dilihat melalui perlakuan seperti sabar, berani dan sifat sebaliknya seperti marah, sombong dan dendam..


"sesungguhnya, di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruhnya dan sekiranya ia buruk, buruklah semuanya..Ketahuilah itu adalah hati"

Hati yang sihat
Hati yang bersih dan bebas daripada hasutan syaitan dan segala perbuatan ikhlas kerana Allah. Orang yang hatinya sihat juga sentiasa rapat dan mengingati Allah, bertekad sentiasa patuh dalam setiap perkataan dan perbuatan. Setiap perkataan yang lahir dari hati adalah perintah dan berhubungkait dengan perlakuan dan perbuatan. Setiap perkara yang lahir dari hati adalah perintah dan berhubung kait dengan perlakuan dan perbuatan. Orang kata dari mata turun ke hati, so pelihara pandangan mata kita daripada melihat benda yang tak elok dan demi menjaga hati yang sihat...ecewahhh

Hati yang mati
Hati yang dikuasai hawa nafsu ibarat tubuh kaku yang telah mati dan membuatkan hati buta kepada perkara yang benar..

"Hawa nafsu sebagai imam, syahwat sebagai pemimpin, kebodohan sebagai panduan dan lalai sebagai landasan"

Hati yang sakit
Hati yang hidup tetapi sakit..hurm, hakikatnya hati yang sakit cinta kepada hawa nafsu, didorong oleh rasa keinginan seperti dengki, riak, iri hati dan sombong maka itulah punca kerosakan hati. Hati yang sakit juga membawa kepada dua jalan sama ada kembali kepada Allah dan keduanya kepada kemewahan dunia. Adakalanya seseorang boleh berubah hatinya menjadi hati yang beku dan sakit dan kadangkala berubah kepada hati yang sihat. Bila godaan syaitan masuk ke telinga manusia ia pasti akan turun ke hati. Sama-sama muhasabah diri, minta dijauhkan dari hati yang sakit dan mati...

"Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati ini sesudah Engkau memberi cahaya petunjuk sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang"

1 comment: